About Us

Disebalik Rednaz Desserts

Rednaz lahir daripada minat yang sudah lama tertanam dalam diri saya. Sejak zaman belajar lagi, saya memang suka berniaga. Waktu itu, saya cari duit sendiri supaya tidak terlalu membebankan mak ayah di kampung.

Dari kecil pula, saya membesar melihat mak dan ayah berniaga. Dari situlah minat saya pada dunia perniagaan semakin kuat, sedikit demi sedikit.

Saya juga memang seorang penggemar dessert. Bagi saya, dessert bukan sekadar makanan manis, tetapi dalam hidup yang kadang-kadang sibuk dan penat, dessert boleh jadi peneman waktu santai, pemanis selepas makan, hadiah kecil untuk orang tersayang, atau cara mudah untuk meraikan momen-momen istimewa.

Nama Rednaz pula sangat bermakna buat saya dan suami. Ia diambil daripada nama anak sulung kami, Zander, yang diterbalikkan menjadi Rednaz. Maka setiap dessert yang kami buat bukan sekadar produk untuk dijual, tetapi ada cerita keluarga, kasih sayang dan usaha bersama yang kami letakkan di dalamnya.

Bisnes kecil ini juga dibantu oleh suami saya di sebalik tabir. Dari urusan idea, susunan tempahan, pengurusan pemasaran, konten, sehinggalah memastikan semuanya berjalan dengan baik. Rednaz Desserts adalah usaha kami sekeluarga.

Di Rednaz Desserts, kami percaya dessert yang sedap mesti dibuat dengan hati. Kami mahu setiap pelanggan rasa puas, rasa dihargai dan rasa nak repeat lagi. Terima kasih kerana menyokong bisnes kecil kami. Setiap pembelian anda sangat bermakna buat kami sekeluarga.

Nur Syaqilla Mustaffa

Founder

Rednaz Desserts (Bonda Keyla Enterprise)

Kenapa Tempah Dengan Kami?

Kami percaya dessert yang best mampu menceriakan hari biasa

menjadi lebih istimewa.

Freshly Made

Anda order, baru kami buat.

Homemade Taste

Dibuat dengan air tangan seorang ibu yang ikhlas dan penuh kasih sayang.

Perfect for Sharing

Sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, tetamu atau hadiah.

Prepared With Care

Setiap tempahan disediakan dengan teliti.

Dapatkan Hari Ini

Rasa homemade yang buat nak lagi.

Reward diri anda hari ini.

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk update terkini.

Copyright 2026. Bonda Keyla Enterprise. All rights reserved.